Ryan Giggs Sah Urus Wales - Bola Sepak | mStar

Ryan Giggs Sah Urus Wales

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 7:23 AM

Foto: Twitter FAWales

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs secara rasminya dilantik menguruskan skuad kebangsaan Wales.

Giggs mengembangkan lagi minatnya dalam bidang kejurulatihan yang diceburi selepas bersara sebagai pemain dan tugas di Wales adalah yang pertama dalam dunia pengurusan antarabangsa.

Badan induk bola sepak negara itu mengesahkan perlantikan tersebut di laman Twitter lewat Isnin malam yang menyaksikan Giggs mempamerkan jersi Wales.

Giggs melengkapkan 64 kap bersama Wales sebelum menggantung butnya.

Pengurus berusia 44 tahun itu antara empat calon yang menjalani temuduga pada Khamis lalu termasuk bekas rakan sepasukan negaranya, Craig Bellamy, Mark Bowen dan Osain Roberts.

Giggs mengambil alih tugas yang ditinggalkan Chris Coleman sejak November lalu.

Bekas pengurus sementara United (2014) itu bakal diuji dengan tugasan pertama dengan memastikan Wales layak ke Euro 2020 selepas mereka tersingkir pada saingan kelayakan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Rusia tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Ryan Giggs , Wales

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan