Manchester United Perlu Jaga De Gea - Mourinho - Bola Sepak | mStar

Manchester United Perlu Jaga De Gea - Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mengharapkan David De Gea ditawarkan kontrak jangka panjang bersama Manchester United.

Kontrak terakhir Dea Gea disambung pada tahun 2015 selepas beberapa hari Real Madrid menawarkan 29 juta pound kepada United.

Walaupun masih berbaki setahun dan mempunyai pilihan sambungan selama 12 bulan, Mourinho mahu memastikan penjaga gol dari Sepanyol itu 'selamat' di Old Trafford.

Mourinho berharap klausa kontrak Dea Gea diaktifkan secepat mungkin bagi mengelakkan 'dicuri' oleh Madrid.

Pengurus United itu juga mahu melihat Dea Gea kekal bersamanya dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

Dea Gea, 27, menyertai United pada tahun 2011 dan menjadi pemain paling hebat mengawal gawang ketika era Sir Alex Ferguson.

Tags / Kata Kunci: David De Gea , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan