Media Sosial Beri ‘Petunjuk’ Aubameyang Ke Arsenal - Bola Sepak | mStar

Media Sosial Beri ‘Petunjuk’ Aubameyang Ke Arsenal

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 9:09 AM

Pierre-Emerick Aubameyang

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Arsenal Hector Bellerin bagai memberi petunjuk bahawa kelab itu bersedia untuk menandatangani pemain Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang.

‘Petunjuk’ itu terdedah di media sosial apabila Bellerin menjadi salah seorang pengikut akaun media sosial Aubameyang.

The Gunners kelihatan bersedia untuk melepaskan Alexis Sanchez dengan Manchester United paling dikaitkan untuk menandatangani pemain antarabangsa Chile itu.

Walau bagaimanapun, Arsene Wenger mahukan seorang pengganti sebelum dia membenarkan Sanchez pergi dan Aubameyang telah dikenal pasti sebagai sasaran, selain pemain sayap Bordeaux, Malcom.

Aubameyang tidak disenaraikan dalam skuad Dortmund hujung minggu ini selepas tidak hadir dalam pertemuan pasukan dan pengarah sukan, Michael Zorc telah membayangkan penyerang itu bersedia meninggalkan kelab tersebut.

Bellerin menjadi pengikut Aubameyang di laman Instagram dan Twitter dalam satu langkah yang akan membuatkan peminat Arsenal teruja.

Ketibaan Aubameyang sedikit-sebanyak akan menyingkirkan tekanan kepada Wenger, yang membuat keputusan untuk tidak melepaskan Sanchez musim lalu.

Pemain Chile itu dinafikan penghijrahan ke Manchester City pada hari terakhir jendela perpindahan. -metroUK

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan