Ryan Giggs Pengurus Baharu Wales? - Bola Sepak | mStar

Ryan Giggs Pengurus Baharu Wales?

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 8:07 AM

(Ubah saiz teks)

WALES dijangka menamakan Ryan Giggs sebagai pengurus mereka yang baharu.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) menemuduga pilihan 'bookie' iaitu Giggs, Craig Bellamy, pembantu Chris Coleman, Osian Roberts dan Mark Bowen.

Mereka akan mengadakan sidang media pada Isnin selepas ketua eksekutif, Jonathan Ford menghabiskan hujung minggu untuk cuba mendapatkan Giggs.

Legenda Manchester United itu merupakan calon pilihan mereka mendahului Bellamy.

Wales melakukan pencarian pengurus baharu selepas keputusan mengejut Coleman berhenti untuk Sunderland walaupun ditawarkan tawaran baharu.

Wales memerlukan seorang pengurus baharu bagi membolehkan mereka menyertai Euro 2020 selepas terlepas untuk temasya sukan Piala Dunia.- Mirror
Tags / Kata Kunci: Giggs , Wals
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan