Rekod City Lebur Di Anfield - Bola Sepak | mStar

Rekod City Lebur Di Anfield

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 7:21 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL: Akhirnya rekod tanpa kalah Manchester City lebur di Anfield apabila tewas 3-4 kepada Liverpool awal pagi Isnin.

Ia merealisasikan kebimbangan pengurusnya, Pep Guardiola sekali gus menegaskan perebuatan kejuaraan Liga Perdana Inggeris itu belum berakhir.

Pada aksi di padang lawan, jaringan awal Alex Oxlade-Chamberlain dapat disamakan Leroy Sane hanya beberapa minit sebelum rehat.

Bagaimanapun,  tiga gol yang berjaya melepasi gawang dalam masa sembilan minit hasil jaringan  Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah ternyata membuatkan City tersentak.

Gol lewat jaringan Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan tidak mampu mengancam kedudukan Liverpool yang dapat mempertahankan kedudukan untuk mencatat kemenangan.

"Tahniah kepada Liverpool kerana kemenangan ini."Perlawanan ini kami kuasai ketika 1-1 tapi penyudah kami tidak bagus dan kemudian tiba-tiba kami ketinggalan 1-4," kata Guardiola yang memuji pasukan kendalian Juergen Klopp.

Guardiola memberi masa seminggu untuk pasukannya pulih sebelum berdepan Newcastle.

"Kami akan mempertahankan kedudukan dari satu perlawanan ke satu perlawanan," tegasnya.



Tags / Kata Kunci: Anfield , Guardiola
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan