Suarez Berjasa, Ledak Gawang Jamin Kemenangan Barcelona - Bola Sepak | mStar

Suarez Berjasa, Ledak Gawang Jamin Kemenangan Barcelona

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 7:53 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Kelebihan sembilan mata diperoleh Barcelona apabila gawang lawan dua kali diledak Luiz Suarez ketika pasukan itu ketinggalan dua jaringan sebelum mencipta kemenangan 4-2 di Real Socieded.

Suarez turut mencuri perhatian apabila menggerakkan bola bagi membantu rakan sepasukan yang membolehkan Barcelona bangkit pada aksi di persada La Liga.

Suarez meledak pada minit ke-50 dan 71, selepas membantu Paulinho mendapatkan jaringan enam minit sebelum rehat untuk memulakan kebangkitan selepas jaringan babak pertama Sociedad menerusi Willian Jose dan Juanmi.

Rembatan menakjubkan menerusi sepakan percuma Lionel Messi lima minit sebelum tamat melengkapkan kebangkitan itu yang memberikan skuad kendalian Ernesto Valverde 51 mata, mengatasi pasukan tangga kedua Atletico Madrid, yang menang 1-0 mengatasi Eibar hasil jaringan Kevin Gameiro pada minit ke-27.

Kemenangan itu juga meletakkan Barca 19 mata di depan pencabar utama Real Madrid, yang berkedudukan keempat dan berdepan krisis selepas tewas 1-0 di laman sendiri kepada Villarreal.

Tags / Kata Kunci: Suarez , Real
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan