Keluarga Degil Halang Pelan Besar Chelsea - Bola Sepak | mStar

Keluarga Degil Halang Pelan Besar Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 13 Januari 2018 8:30 AM

-fotoDailyStar

(Ubah saiz teks)

SEBUAH keluarga muncul menjadi penghalang kepada rancangan Chelsea untuk membina stadium baharu bernilai £1 bilion.

Pemilik kelab, Roman Abramovich yang juga seorang jutawan Rusia mahu membangunkan semula Stamford Bridge menjadi stadium dengan 60,000 tempat duduk.

Tetapi kelab itu berdepan halangan untuk membina stadium paling mahal di Eropah ini hanya kerana sebuah keluarga.

Nicholas dan Lucinda Crosthwaite tinggal bersebelahan dengan stadium di sebuah rumah di mana ahli keluarga mereka telah tinggal di situ selama 50 tahun.

Tetapi mereka bimbang stadium itu akan membuatkan sebahagian besar rumah mereka terlindung dan mereka enggan berpindah.

Mereka telah ditawarkan sejumlah wang pampasan enam angka oleh Chelsea, tetapi menolaknya.

Mereka juga telah memohon injunksi dan membuat aduan dengan Majlis Hammersmith dan Fulham, yang kini telah membuatkan rancangan besar Chelsea terganggu.

The Blues telah membayar pampasan kepada pemilik rumah lain di kawasan mewah tersebut, di mana sebuah hartanah tiga bilik tidur sebaris dengan rumah Crosthwaites baru-baru ini dijual pada £1.18 juta.

Rancangan itu telah diberikan kelulusan oleh Datuk Bandar London, dengan rundingan bersama 13,000 penduduk yang mengumpul 97.5 peratus sokongan.

Aduan Crosthwaites akan dibincangkan oleh ahli majlis pada Isnin. -dailystar

Tags / Kata Kunci: Stamford Bridge , stadium baru , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan