Bintang Man United Tunjuk Bakat 'Terjun' - Bola Sepak | mStar

Bintang Man United Tunjuk Bakat 'Terjun'

Diterbitkan: Jumaat, 12 Januari 2018 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Manchester United, Chris Smalling, Ander Herrera dan Luke Shaw berkesempatan menunjukkan 'bakat' menerjun mereka semasa di Dubai.

Anak didik Jose Mourinho itu berada di kem latihan di Dubai menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Stoke.

Dalam waktu rehat yang singkat itu, mereka sempat untuk melakukan beberapa terjunan.

A post shared by Chris Smalling (@smalling) on

Menerusi video yang dimuat naik Smalling di akaun Twitternya pada Rabu, kesemua mereka dilihat menikmati keseronok semasa membuat terjunan di sebuah pusat akuatik.

Pasukan Red Devils itu membuat persiapan dari segi kecergasan mereka di Dubai untuk perlawanan menentang Stoke di Old Trafford pada malam Isnin depan. - Mail Online


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan