Zlatan 'Angkat Kaki' Lebih Awal? - Bola Sepak | mStar

Zlatan 'Angkat Kaki' Lebih Awal?

Diterbitkan: Khamis, 11 Januari 2018 9:30 AM

Zlatan Ibrahimovic

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab sebelum berakhirnya kempen semasa, apabila dia menilai pilihan untuk kariernya pada masa hadapan.

Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani kontrak baharu satu musim dengan pasukan Jose Mourinho pada Ogos ketika dia pulih dari kecederaan lutut yang serius dan kembali memberikan saingan pada pertengahan November.

United percaya pemain dari Sweden ini tidak akan menyambung kontraknya untuk kempen 2018-19 tetapi menurut Yahoo! Sport, dia mungkin akan meninggalkan Old Trafford seawal bulan depan.

Ibrahimovic dikatakan menarik minat kelab-kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) dan Liga Super di China, yang musimnya bermula pada bulan Mac dan dia dijangka akan dibentangkan dengan pelbagai tawaran untuk berpindah pada bulan depan atau dua bulan lagi.

Sementara itu, United, dilaporkan ingin mengekalkan pemain itu sehingga kontraknya berakhir pada bulan Jun tetapi mungkin akan membebaskannya lebih cepat untuk mendapat pembiayaan sebagai ganti.

Ibrahimovic, penjaring terbanyak musim lalu untuk United kini kembali tetapi dibelenggu masalah berkaitan kecederaan sebelum ini selaing perlu bersaing mendapatkan tempat dengan Romelu Lukaku. -sportsmole

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , hijrah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan