Liverpool Lega Dapat Keita - Bola Sepak | mStar

Liverpool Lega Dapat Keita

Diterbitkan: Khamis, 11 Januari 2018 9:00 AM

Naby Keita

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL boleh menarik nafas lega apabila dapat membawa Naby Keita ke Anfield lebih awal selepas RB Leipzig dilaporkan berlembut mengenai pendirian mereka terhadap pemain muda itu.

The Reds telah pun menandatangani kontrak bersama Keita dan pemain berkenaan akan tiba pada musim panas.

Selepas penghijrahan Philippe Coutinho ke Barcelona, ​​pengurus Jurgen Klopp bersemangat untuk memperkuatkan skuadnya.

Menurut laporan Echo Liverpool, kelab itu diberi sokongan untuk membawa Keita ke barisan hadapan, dengan syarat mereka membayar RB Leipzig sekurang-kurangnya £13 juta (RM70 juta).

Pada Ogos lalu, The Reds bersetuju mengenai perjanjian membabitkan tambahan £50 juta (RM270 juta) yang akan menyaksikan Keita menghabiskan semusim lagi dalam Bundesliga sebelum berpindah ke Anfield pada musim panas. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Keita , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan