Kelab Itali 'Caras' United Dapatkan Ozil - Bola Sepak | mStar

Kelab Itali 'Caras' United Dapatkan Ozil

Diterbitkan: Selasa, 9 Januari 2018 11:49 AM

Mesut Ozil

(Ubah saiz teks)

SEBUAH kelab Itali dilaporkan akan bersaing dengan Manchester United dalam usaha menandatangani pemain Arsenal Mesut Ozil.

Kontrak pemain berusia 29 tahun itu akan tamat beberapa bulan lagi dan dia bebas membuat pilihan pada akhir musim.

Ketersediaan Ozil itu menyaksikan persaingan sesama kelab terkemuka untuk mendapatkan khidmatnya dengan Jose Mourinho dan United paling disebut-sebut akan mendapatkan bekas pemain Real Madrid itu.

Laporan penerbitan Itali Calciomercato minggu ini bagaimanapun mendakwa Juventus telah menyertai persaingan itu dengan beberapa langkah telah dibuat bagi memastikan Ozil bersedia untuk berpindah ke Turin apabila jendela perpindahan musim panas dibuka.

Laporan itu mendedahkan bahawa 'Juventus telah mengikuti juara Jerman itu selama tiga musim, yang telah lama diminati pasukan ini'.

Juventus sudah pasti akan menghadapi persaingan sengit dari United yang mempunyai kelebihan dapat menawarkan peluang untuk Ozil meneruskan kariernya di Liga Perdana Inggeris.

Mourinho juga mengenali pemain itu, selepas mengurusnya di La Liga dengan kelab gergasi Sepanyol Real Madrid.

Mourinho menjadikan Ozil sebagai peranan penting di Real Madrid dan sebelum ini menyatakan bahawa dia percaya pemain itu menjadi pemain nombor 10 terbaik dalam bola sepak dunia.

Juve juga mempunyai kelebihan dengan adanya pemain tengah veteran Sami Khedira.

Khedira, seperti Ozil, berketurunan Turki-Jerman dan sama-sama bermain untuk di Madrid di bawah Mourinho.

Menurut laporan itu, Juventus akan menggunakan Khedira untuk keuntungan mereka, dengan harapan Khedira dapat menarik perhatian rakan baiknya untuk berpindah ke Serie A dan bermain dalam bola sepak Itali.

Juve juga dikaitkan dengan perpindahan pemain Liverpool Emre Can. -mailOnline

Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan