Anak Saudara Sultan Brunei Bernilai RM80 Bilion Sertai Leicester City - Bola Sepak | mStar

Anak Saudara Sultan Brunei Bernilai RM80 Bilion Sertai Leicester City

Diterbitkan: Ahad, 7 Januari 2018 8:12 AM

Faiq Jefri Bolkiah. FOTO: Instagram miliknya

(Ubah saiz teks)

JIKA bercakap siapakah pemain bola sepak paling kaya di dunia, pemikiran akan tertumpu kepada Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Namun begitu di sebalik kekayaan bintang bola sepak dunia itu, tiada siapa menyangka pemain berusia 19 tahun iaitu Faiq Jefri Bolkiah, anak suadara kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah antara tersenarai sebagai pemain paling kaya.

Beliau ditawarkan kontrak menyertai Kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan dikatakan mewarisi kemewahan keluarganya dianggarkan bernilai sehingga AS$20 bilion (RM80 bilion).

Pemain sayap Foxes ini telah bermain di England  beberapa musim sebelum memulakan kerjayanya dengan AFC Newbury sebagai pemain muda.

Pada 2009, Southampton menawarkan Faiq bermain dengan akademi mereka.

Dalam Piala Lion City, Faiq yang bersama Gunners pada 2013 berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Beliau ditawarkan kontrak tiga tahun bersama Leicester City. FOTO: Instagram miliknya.

Chelsea juga pernah memberi tawaran kepadanya selama dua tahun namun selepas setahun menyertainya, beliau memutuskan untuk menyertai Leicester untuk kontrak tiga tahun.

Faiq yang dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pernah bermain untuk negaranya dan mewakili Brunei sebanyak sembilan kali dengan sekali jaringan gol.

Dalam satu temubual Faiq berkata beliau bermain bola sepak sejak zaman kanak-kanak dan berasa seronok apabila bola berada di kakinya.

Beliau juga banyak mendapat sokongan daripada keluarganya untuk bermain dalam sukan itu.

“Mereka (keluarga) melatih saya baik secara psikologi dan fizikal sejak zaman kanak-kanak saya, jadi saya perlu mengatakan mereka adalah model saya,” katanya.

Beliau merupakan anakanda kepada Pengiran Muda Jefri Bolkiah.

Untuk rekod ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 50, ayahandanya pernah menerbangkan raja pop Michael Jackson ke Brunei dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai £12.5 juta (RM67.81 juta).

Baginda juga dilaporkan membelanjakan £35 juta (RM199 juta) sebulan untuk kereta, jam tangan dan pen emas putih. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Faiq Bolkiah , Leicester City
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan