Conte Anggap Mourinho ‘Nyanyuk’ - Bola Sepak | mStar

Conte Anggap Mourinho ‘Nyanyuk’

Diterbitkan: Sabtu, 6 Januari 2018 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PERANG mulut  antara Antonio Conte dan Jose Mourinho bagai tiada penghujung apabila kedua-duanya enggan menyerah kalah.

Terkini, Conte berkata, pengendali Manchester United itu berkelakuan umpama seorang lelaki nyanyuk susulan kenyataan pedas pesaingnya itu.

Kata Mourinho, dia tidak perlu berkelakukan umpama badut di luar padang bagi membuktikan komitmennya terhadap United.

Kata-katanya itu dianggap ‘serangan’ terhadap Conte yang sememangnya dikenali ramai dengan gelagatnya di luar padang.

Ternyata kenyataan Mourinho memberi kesan kepada Conte yang kemudiannya mengingatkan lawannya itu mengenai zaman mudanya.

Mourinho dikatakan pernah meraikan kemenangan pasukannya di luar padang ketika Porto menjuarai Liga Juara-Juara selepas menewaskan United  di Old Trafford pada 2004.

“Rasanya, dia perlu mengimbas kembali apa yang telah dilakukannya dahulu, mungkin juga apa yang dikatakannya itu mengenai dirinya sendiri.

“Saya fikir ada kalanya seseorang itu terlupa apa yang telah dilalukannya sebelum ini dan kemudian mula bercakap mengenainya “ katanya.-TheGuardians

Tags / Kata Kunci: Mourinho , Conte
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan