Import Baharu Kedah Tunggu Dua Tahun - Bola Sepak | mStar

Import Baharu Kedah Tunggu Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 4 Januari 2018 10:34 AM

Alvaro Silva

(Ubah saiz teks)

PEMAIN import Kedah, Alvaro Silva mendedahkan kisah penantian selama dua tahun yang kini berjaya dicapai.

Pertahanan baharu skuad hijau kuning itu memberitahu, dia ingin menyertai  pasukan Kedah kerana kerana skuad berkenaan merupakan sebuah pasukan digeruni di Liga Malaysia.

Bercerita lanjut jelasnya, usaha awalnya dua tahun lalu gagal apabila aksinya ketika sesi percubaan dan pemilihan gagal memenuhi kehendak ketua jurulatih ketika itu.

Namun hasratnya itu tidak terpadam walaupun diterima sebuah kelab Korea Selatan selepas itu sebelum berhijrah ke Vietnam.

"Sebelum ke Kedah saya ada menerima tawaran dari kelab di Filipina yang merupakan negara kelahiran nenek saya.

"Tapi hati lebih ingin Kedah walaupun saya memiliki dua kewarganegaraan iaitu Sepanyol dan Filipina.

"Saya yakin dapat memberikan yang terbaik di sini dengan bimbingan Ketua Jurulatih, Ramon Marcote," katanya kepada mStar Online.

Alvaro menambah, dia sering mengikuti perkembangan Kedah menerusi laman sosial termasuk menonton beberapa perlawanan alhir melihat pasukan berkenaan.

"Saya kagum dengan pasukan ini yang memiliki pemain yang hebat selain sentiasa berusaha untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Sebab itu juga saya ingin menjadi sebahagian daripada skuad ini dan mencapai lebih kejayaan pada musim ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Alvaro Silva
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan