Penyerang Baharu Kedah Luah Perasaan - Bola Sepak | mStar

Penyerang Baharu Kedah Luah Perasaan

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG muda Kedah, Zafuan Azman akhirnya meluahkan perasaan selepas disahkan sebagai pemain Kedah bagi musim depan.

Pemain muda itu berkata, dapat menyertai skuad hijau kuning merupakan impiannya sejak dibangku sekolah lagi.

Berikutan itu, kehadiran ke skuad bimbingan Ramon Marcote dianggap sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

"Saya teringin untuk bersama Kedah sejak berumur 17 tahun, tapi saya perlu berbakti kepada skuad negeri kelahiran saya dulu, iaitu Perlis.

"Selepas semua selesai, saya bersyukur apabila dipanggil menjalani latihan bersama sebelum diterima sebagai pemain Kedah untuk musim depan.

"Saya teruja untuk beraksi bersama  pemain berpangalaman seperti Syazwan Zainon. Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan ramai lagi.

"Saya juga berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru di Alor Setar.

"Saya akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk membantu Kedah selain menimba sebanyak peluang daripada barisan jurulatih," katanya kepada mStar Online.

Zafuan menambah, kecederaan yang dialami ketika mewakili skuad Bawah 19 Tahun negara juga semakin pulih.

Oleh itu pemain berusia 19 tahun itu berharap dia akan diberikan peluang untuk mempamerkan bakatnya di Liga Super bersama sebuah pasukan yang digeruni di Liga Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Zafuan Azeman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan