Young Digantung Tiga Perlawanan - Bola Sepak | mStar

Young Digantung Tiga Perlawanan

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

ASHLEY Young bakal digantung tiga perlawanan.

Pemain Manchester United itu dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan selepas didapti menyiku Dusan Tadic pada aksi seri 0-0 menentang Southampton pada Ahad.


Young menerima hukuman yang dikenakan Persatuan Bola Sepak England (FA) itu, namun rayuan untuk mengurangkan tempoh penggantungan ditolak.

Ini bermakna pemain pertahanan United itu bakal terlepas tiga perlawanan bertemu Everton, Derby County (Piala FA) dan Stoke City.

Tags / Kata Kunci: Ashley Young , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan