Wenger Naik Angin! - Bola Sepak | mStar

Wenger Naik Angin!

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger bengang dengan pengadil apabila pihak lawan dihadiahkan pernalti pada aksi seri 1-1 ke atas West Brom awal pagi Isnin.

Arsenal gagal mengutip mata penuh pada aksi di tempat lawan itu yang menyaksikan West Brom menyumbat gol sendiri (McClean) tujuh minit sebelum tamat tempoh permainan sebenar.

Bagaimana pun, anak buah Aland Pardew berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti yang dilakukan Jay Rodriguez.

"Saya fikir pengadil tidak nampak atau tidak lihat insiden yang berlaku.

"Itu pandangan saya, tetapi dia akan beritahu anda dia nampak. Namun kami terpaksa menerima keputusan itu, telan dan teruskan ke perlawanan seterusnya.

"Ia bukan penalti. Ia tidak terkena tangan sebab lengan langsung tidak berada di atas.

"Di mana kamu meletak tangan sendiri apabila bergerak, dalam poket anda? Seluar tidak ada poket.

"Saya marah sebab kami lihat perkara yang sama berlaku. Kami gigih berjuang dan kamu tidak boleh cakap sebarang perkataan kerana ia tidak disentuh," ujarnya yang merekodkan 811 perlawanan Liga Perdana bersama Arsenal.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger , West Brom
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan