Sesuatu Perlu Diubah - Pogba - Bola Sepak | mStar

Sesuatu Perlu Diubah - Pogba

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba memberitahu sesuatu perlu diubah di dalam skuad Manchester United.

Penyerang United itu menyeru rakan sepasukannya supaya bangkit menjelang perlawanan bertemu Everton pada Selasa.

"Sudah tentu kami ingin menang. Kami seri lagi sebelum ini.

"Kami tidak tewas tetapi perlu bangkit, kembali memberi saingan dan capai kemenangan.

"Tiga keputusan seri dan kami perlu menang. Sesuatu kena ubah dan kami perlu berubah untuk menang," ujarnya pada MUTV.

Pogba berkata, skuadnya memerlukan rehat.

"Hanya satu hari berehat dan kami perlu bertemu Everton. Inilah bola sepak. Kami perlu keluar dan menang," tambah Pogba.

Bagaimana pun Pogba yakin United mempunyai kekuatan tersendiri.

"Apabila kami mempunyai Romelu Lukaku, pemain pertahanan lawan akan berdepan dengan masalah.

"Dia banyak mencipta peluang. Kehilangannya akan terasa tetapi pasukan pastinya diisi dengan pemain lain," ujarnya.

Lukaku terlepas dua perlawanan apabila mengalami kecederaan ketika bertemu Southampton pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan