“Saya Dilayan Seperti Pembunuh” - Fellaini - Bola Sepak | mStar

“Saya Dilayan Seperti Pembunuh” - Fellaini

Diterbitkan: Sabtu, 30 Disember 2017 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

MAROUNE Fellaini mendedahkan dia dianggap seperti 'pembunuh' sepanjang berada di England.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 30 tahun itu belum pasti lagi sama ada akan terus bersama Manchester United selepas ini.

"Mereka melabelkan saya sebagai pemain agresif, pembunuh. Pasukan ingin kemenangan tetapi ada beberapa kali apabila saya keluar (bermain) sebagai 'penyagak'.

"Apa yang harus saya buat jika mereka menarik rambut saya? Bunyi seperti lawak, tetapi sebenarnya ia sakit.

"Musim lalu saya digantung selepas perlawanan derby bertemu City kerana dikatakan menanduk Sergio Aguero. Dia mara ke depan saya dan jatuh. Tetapi, saya yang dikenakan kad merah.


"Pemain lawan sentiasa cuba membangkitkan kemarahan saya. Adakah anda tahu berapa keping kada kuning yang saya kutip musim lepas? Empat dalam 46 perlawanan. Saya tidak pernah memusnahkan karier orang lain," ujarnya kepada laman sesawang HUMO, Belgium.

United masih menimbang untuk menyambung kontrak baharu musim.

"Mereka ada membuat cadangan. Biasanya yang lain akan ikut. Sama ada saya terima atau tidak, ianya belum pasti. Kita akan tahu.

"Anda tidak boleh menguruskan perkara ini dalam tempoh singkat," tambah Fellaini.

"Jika Manchester United tidak mahukan saya lagi, mereka telah memberitahu saya sejak lama dulu."

Fellaini boleh berbincang dengan kelab-kelab lain sebaik sahaja jendela perpindah pemain dibuka pada Januari ini, dan kemungkinan dia boleh berpindah secara percuma kerana kontrak bersama United bakal tamat penghujung musim ini.

Tags / Kata Kunci: Maroune Fellaini
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan