Ronaldo Beri Amaran Kepada Coutinho - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Beri Amaran Kepada Coutinho

Diterbitkan: Jumaat, 29 Disember 2017 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG legenda, Ronaldo memberi amaran kepada pemain Philippe Coutinho mengenai Barcelona.

Pemain sayap The Reds berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan skuad Ernesto Valverde di Barcelona.

Dedah Ronaldo, Barcelona gagal melayan pemain kelahiran Brazil dengan baik.


"Saya lebih gembira dikaitkan dengan Real Madrid walaupun mempunyai tahun yang cemerlang bersama Barcelona.

"Pada akhirnya, sejarah saya bersama Barca sangat teruk seperti yang berlaku kepada Neymar.

"Barcelona sentiasa mempunyai isu dengan pemain Brazil seperti, Neymar, Romario, Ronaldinho dan juga saya.'Kami dilayan 'teruk' oleh kelab pada penghujungnya, selepas kami memberi sumbangan dan didikasi kepada kelab," ujarnya kepada Esporte Interativo.

Ronaldo menghabiskan semusim  di Nou Camp namun 'mati' di depan gol walaupun berjaya meledak 34 gol daripada 37 penampilan. Selepas itu dia berpindah ke Inter Milan sebelum kembali ke Sepanyol bersama Real Madrid pada tahun 2002.

Jelasnya, dia berada 'penat' kerana sentiasa menjadi subjek di tepi padang dan dan tidak berasa selesa.

Senarai pemain Brazil bersama Barcelona:

Evaristo de Macedo - 1957-1962

Romario 1993-1995

Ronaldo - 1996-1997

Rivaldo - 1997-2002

Sonny Anderson - 1997-1999

Ronaldinho - 2003-2008

Silvinho - 2004-2009

Edmilson - 2004-2008

Dani Alves - 2008 - 2016

Maxwell - 2009-2012

Adriano - 2010-2016

Rafinha - 2011-Present

Neymar - 2013-2017

Paulinho - 2017-Present 


Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Brazil , Philippe Coutinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan