Mkhitaryan Mahu Kembali Ke Jerman - Bola Sepak | mStar

Mkhitaryan Mahu Kembali Ke Jerman

Diterbitkan: Khamis, 28 Disember 2017 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

HENRIKH Mkhitaryan terdesak untuk meninggalkan Manchester United awal bulan depan dan mahu kembali ke kelab lamanya, Borussia Dortmund.

Namun dia terpaksa memohon maaf kepada Dortmund sekiranya mahu menyarung semula jersi kelab Jerman itu.

Pemergian Mkhitaryan ke Old Trafford kurang disenangi pihak pengurusan tertinggi Dortmund dan kini kariernya di England nampaknya akan berakhir dalam masa terdekat.

Mkhitaryan sudah tidak mendapat tempat di hati Jose Mourinho dan menyebabkannya mahu kembali ke Jerman, lapor Bild.

Pemain itu juga perlu mengemukakan permohonan maaf kepada pihak pengurusan tertinggi Dortmund jika perpindahan tersebut berjaya susulan sikap yang ditunjukkann Mkhitaryan dan ejennya, Mino Raiola pada musim panas lalu.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Dortmund Hans-Joachim Watzke turut bermain teka-teki mengenai kepulangan pemain berusia 28 tahun itu bulan depan.

“Saya tahu maklumat perpindahannya ke Manchester United. Oleh itu kepulangannya hanya difikirkan dengan banyak imaginasi,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan