Rundingan Akhir Marko Simic Khamis Ini - Bola Sepak | mStar

Rundingan Akhir Marko Simic Khamis Ini

Diterbitkan: Isnin, 25 Disember 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan melakukan rundingan akhir dengan bekas penyerang import Melaka United, Marko Simic bagi mendapatkan khidmat pemain itu untuk memperkuat Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pemain kelahiran Croatia itu akan tiba di Kota Bharu pada Khamis ini untuk berbincang mengenai kontrak yang ditawarkan oleh Kafa.

"Sebelum ini saya ada berhubung dengan beliau dan pemain itu menyatakan hasrat untuk berjumpa Kafa dan bersedia untuk menandatangani kontrak bersama Kelantan.

“Malah Simic juga menunjukkan kesungguhan tinggi untuk menyertai Kelantan pada musim depan apabila sedia bertolak ansur membabitkan beberapa hal kecil dalam kontrak yang ditawarkan kepadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Kafa sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 30 tahun itu bagi memperkemas jentera serangan Kelantan dan rundingan awal menunjukkan keputusan positif.

Bagaimanapun, pada  masa sama terdapat desas-desus  mendakwa pemain berkenaan telah dipancing oleh pasukan Kedah.

Bibi Ramjani berkata buat masa ini Kafa menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain terbabit dan tidak teragak-agak untuk menyambungnya  jika Simic menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Mengulas mengenai kuota bagi pemain import dari Asean, Bibi Ramjani mengesahkan penyerang skuad kebangsaan Filipina, Misagh Bahadoran hampir pasti menyarung jersi The Red Warriors untuk mengisi kuota pemain Asean.

"Setakat ini saya boleh mengesahkan 90 peratus pemain import itu akan menyertai Kelantan dan dia juga akan tiba ke Kelantan Jumaat ini," katanya.

Setakat ini Kelantan memiliki tiga pemain import iaitu Margaro Gomis (Perancis), Cassio Francisco de Jesus (Brazil) Do Dong-hyun (Korea Selatan).

Tags / Kata Kunci: Marko Simic , Kafa
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan