Bruno Perkuat Harimau Selatan - Bola Sepak | mStar

Bruno Perkuat Harimau Selatan

Diterbitkan: Isnin, 25 Disember 2017 8:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kehadiran pertahanan baharu dari Brazil, Bruno Gabriel Soares bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad, kelab berkenaan berkata, tonggak pertahanan  itu diletakkan dalam situasi bersedia menggantikan Marcos Antonio sekiranya tidak sempat cergas sepenuhnya daripada kecederaan lutut kiri sejak Julai lalu.

"Bruno pemain pertahanan luar negara kami yang berasal dari Brazil.

"Buat masa ini berkemungkinan besar dia akan bermain untuk JDT II dan akan bermain untuk skuad utama jika diperlukan," katanya.

Sebelum ini, juara empat kali berturut-turut Liga Super itu mengumumkan kepulangan dua bekas pemain import mereka dari Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.

Selain itu, pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun yang kembali memperkuatkan JDT selepas dipinjamkan semusim ke kelab Liga Singapura, Home United.-Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Bruno Gabriel Soares , JDT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan