Britton Sesuai Urus Swansea - Bola Sepak | mStar

Britton Sesuai Urus Swansea

Diterbitkan: Ahad, 24 Disember 2017 9:22 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp yakin pengurus sementara Swansea bakal menukar landskap permainan kelab tersebut.

Leon Britton dilantik sebagai pengurus sementara Swansea selepas Paul Clement dipecat Rabu lalu.

Klopp percaya sentuhan Britton akan membawa 'masalah' kepadanya jika pengurus itu dilantik secara kekal.

Liverpool bakal berdepan dengan Swansea di Anfield Selasa ini.

Jurgen Klopp

"Jika dia kekal sebagai pengurus, ia seperti situasi saya beberapa tahun lalu ketika itu saya menjadi pengurus di Mainz.

"Mungkin Swansea akan mengambil peluang ke atasnya. Saya tidak kata, saya kenal dia dengan baik kerana, tetapi saya kenal dia sebagai pemain (Swansea).

"Saya pemain seumur hidup di Mainz. Seperti dia berada di Swansea. Saya yakin dia berpeluang untuk menjadi pengurus, dan kami tidak mahu menghalang impiannya itu.

"Swansea dalam keadaan tertekan dan kami sudah bersedia bertemu mereka," ujar Klopp.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Swansea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan