‘Semua Calon Finalis Terbaik’ - Bola Sepak | mStar

‘Semua Calon Finalis Terbaik’

Diterbitkan: Jumaat, 22 Disember 2017 8:20 AM

Irfan Bakti Abu Salim.

(Ubah saiz teks)

TIGA calon akhir jurulatih untuk merangkul Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 malam ini adalah yang terbaik sepanjang musim ini.

Calon itu adalah Irfan Bakti Abu Salim dari Terengganu, B Sathiananthan (Felda United) dan Abu Bakar Fadzim (PKNP FC).

Perkara itu diakui pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

"Masing-masing ada kelebihan. Jurulatih ini berjaya membawa pasukan mereka ke satu tahap yang terbaik dalam liga kita.

"Sukar membuat keputusan dan pada saya, calon yang masuk senarai finalis juga tetap terbaik," katanya.

Musim lalu, anugerah ini disandang oleh Cheng Hoe yang ketika itu membimbing Kedah memenangi Piala Malaysia 2016.

CALON ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2017:

PERTAHANAN TERBAIK

Matthew Davies (Pahang)
Rizal Ghazali (Kedah)
Shukor Adan (Felda United)

PEMAIN TENGAH TERBAIK

Nor Azam Azih (Pahang)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Syazwan Zainon (Kedah)

PENYERANG TERBAIK

Shahrel Fikri Fauzi (PKNP)
Syafiq Ahmad (Kedah)
Amri Yahyah (Selangor)

PENJAGA GOL TERBAIK

Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Farizal Harun (Felda United)

JURULATIH TERBAIK

Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu)
B Sathiananthan (Felda United)
Abu Bakar Fadzim (PKNP FC)

PEMAIN MUDA HARAPAN

Adam Nor Azlin (Selangor)
Ifwat Ikmal (Kedah)
Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang)

ANUGERAH SAMPINGAN

Anugerah Fair Play
Pemain Wanita Terbaik
Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super)
Penjaring Terbanyak Import (Liga Super)
Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Perdana)
Penjaring Terbanyak Import (Liga Perdana)
Pasukan Bola Sepak Terbaik
Penyokong Terbaik
Media Sosial Terbaik
Laman Web Terbaik
Anugerah Komuniti
Anugerah Mesra Media RTM

*Calon bagi kategori Pemain Paling Bernilai dirahsiakan - Sinar Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan