Rooney Makin Teruja - Bola Sepak | mStar

Rooney Makin Teruja

Diterbitkan: Selasa, 19 Disember 2017 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney memuji Sam Allardyce yang membawa Everton kembali ke landasan yang betul.

The Toffees sekali lagi meraih kemenangan minggu ini dengan menewaskan Swansea (3-1) di Goodisan pada Khamis.

Pemain tengah itu teruja dengan posisinya sekarang dalam membantu menjaringkan gol, menyempurnakan sepakan penalti walaupun sebelum itu gagal melakukan dengan baik, dan memainkan peranan sepenuhnya.

"Saya seorang yang berkeyakinan dan percayakan diri sendiri. Jika kamu sedar, saya terlepas salah satu penalti dan dari situ kami berjaya menjaringkan gol," jelasnya kepada Sky Sports.

"Saya tidak pernah berputus asa ketika sepakan penalti. Saya kecewa terlepas sepakan pertama, tetapi saya melepaskan semuanya.

"Ia adalah posisi yang tepat dalam karier saya setakat ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan