Mourinho, Mkhitaryan Bergaduh

Diterbitkan: Ahad, 17 Disember 2017 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho dan Henrikh Mkhitaryan terlibat dalam pergaduhan ketika sesi latihan dan keadaan menjadi lebih buruk susulan sesi analisis video, lapor ESPN.

Pemain kebangsaan Armenia itu bergelut dengan musim pertamanya di Old Trafford tetapi berjaya memenangi hati Mourinho selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol dan mencipta enam peluang gol pada Ogos dan September lalu.

Namun dia tidak diturunkan dalam tujuh perlawanan terakhir kerana Mourinho didakwa kecewa dengan prestasinya ketika berdepan Liverpool dan Chelsea.

Laporan terdahulu pada Jumaat mendakwa Mkhitaryan percaya taktitk pertahanan Mourinho harus dipersalahkan atas prestasi hambar ketika menentang dua seteru utama United itu.

Malah ESPN melaporkan Mkhitaryan dan Mourinho bergaduh di pusat latihan Carrington selepas bekas pemain Borussia Dortmund itu mengkritik pengendali Portugal berkenaan di hadapan pemain lain.

Perang mulut itu berlanjutan semasa sesi analisis video prestasi Mkhitaryan ketika diturunkan sebagai pemain gantian semasa berdepan Brighton bulan lalu.

Aksi hambar Mkhitaryan menjadi punca utama Mourinho mahu mendapatkan khidmat bintang Arsenal, Mesut Ozil.

Pemain kebangsaan Jerman itu pernah bekerjasama dengan Mourinho semasa di Real Madrid dan dilaporkan terbuka untuk berhijrah ke Old Trafford.

Mkhitaryan pula dilaporkan menjadi buruan Inter Milan menjelang pintu perpindahan pemain dibuka semula bulan depan.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Henrikh Mkhitaryan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan