David Luiz Boleh Angkat Kaki

Diterbitkan: Ahad, 17 Disember 2017 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA akhirnya membuat keputusan untuk menjual David Luiz apabila jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan depan.

Pemain pertahanan itu jarang mengisi skuad utama Chelsea selepas tidak sebulu dengan Antonio Conte.

Luiz tidak diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris sejak akhir Oktober lalu dan terdesak untuk memulakan kariernya bersama kelab lain.

Manchester United antara kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Luiz.

Namun Chelsea enggan melepaskan Luiz ke Old Trafford.

Perbalahan antara Luiz dan Conte terus berlanjutan apabila pemain kebangsaan Brazil itu mengkritik pengendali dari Itali itu ketika tewas 0-3 kepada Roma.

Luiz kemudiannya disisihkan dan kerap kali memanaskan bangku simpanan sejak menyuarakan kritikan tersebut secara terbuka.

Conte bagaimanapun menegaskan kecederaan yang dialami Luiz menyebabkan dia diketepikan dalam tujuh perlawanan terakhir pasukan itu.

Malah Conte tidak menurunkan Luiz meskipun pemain berusia 30 tahun itu sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

United mengesahkan berminat terhadap Luiz memandangkan Eric Bailly akan direhatkan selama tiga bulan kerana masih bergelut dengan kecederaan.

Jose Mourinho pernah bekerjasama dengan Luiz semasa mengendali Chelsea dan amat mengagumi keupayaan pemain tersebut.

Tags / Kata Kunci: David Luiz , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan