Oliver Kahn Kesal Tak Sertai Man United - Bola Sepak | mStar

Oliver Kahn Kesal Tak Sertai Man United

Diterbitkan: Sabtu, 16 Disember 2017 7:48 AM

Oliver Kahn.

(Ubah saiz teks)

OLIVER Kahn mendakwa Sir Alex Ferguson masih marah dengannya kerana tidak menyertai Manchester United menjelang akhir kerjayanya.

Pada 2003, Manchester United berdepan dengan masalah untuk menggantikan Peter Schmeichel dan Ferguson membuat pendekatan untuk mendapatkan penjaga gol Bayern Munich.

Kahn yang merupakan kapten skuad kebangsaan Jerman ketika ditundukkan oleh Brazil pada saingan akhir Piala Dunia 2002, mengakui beliau menyesal tidak menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu sebelum memutuskan untuk bersara pada 2008.

"Sir Alex Ferguson masih marah saya hari ini," kata Kahn kepada akhbar Jerman Bild.

"Beliau menganggap saya akan pindah ke Manchester United pada 2003 atau 2004, tapi saya lebih berminat untuk berusaha meraih kecemerlangan di Bayern.

'Melihat kembali, saya sepatut melakukannya. Ia pasti menjadi cabaran yang bagus buat saya," tambah Kahn.

Kahn beraksi dalam lebih permainan bersama Bayern Munich sepanjang 14 tahun beliau bersama kelab itu. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Oliver Kahn
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan