Perlu Cari Jalan Tewaskan City - Conte

Diterbitkan: Sabtu, 16 Disember 2017 3:21 PM

Pengurus Manchester City (kiri) berjabat tangan dengan Conte selepas perlawanan pada 1 Oktober lalu.

(Ubah saiz teks)

PESAING-pesaing Manchester City perlu mencari jalan bagaimana untuk menumpaskan pendahulu liga itu.

Jelas pengurus Chelsea, Antinio Conte, City dilihat sebuah kelab yang tidak dapat dihalang dalam meraih kemenangan Liga Perdana dengan kelebihan sebelas mata selepas 15 perlawanan berturut-turut setakat ini.

"Kami perlu mencari jalan untuk merebut gelaran, dan berjuang dengan mereka. Bukan sahaja Chelsea, tetapi lima pasukan teratas yang lain.

"Kedudukan Manchester City bukan mengejutkan bagi saya. Sejak awal musim, semua orang berkata liga ini di antara dua pesaing - Manchester City dan Manchester United," ujarnya.

Chelsea kini kekurangan 14 mata di belakang City dengan kedudukan ketiga liga, tetapi Conte yakin perbezaan itu mungkin akan berkurangan sekiranya mereka terus berjuang.

"Masa terus bergerak dan Manchester City terus menang, inilah masalahnya.

"Kita perlu realistik. Dalam sembilan perlawanan terakhir kami, menang tujuh kali dan seri sekali - ada kemungkinan akan seri lagi ketika bertemu Liverpool atau kalah sekali dan kekal perbezaan 14 mata," tambah Conte.

Chelsea bakal melayan kunjungan Southampton yang kini berada di tangga ke-11 liga pada Sabtu malam.

Tags / Kata Kunci: Manchester UInited , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan