Ronaldinho Jadi Ahli Politik? - Bola Sepak | mStar

Ronaldinho Jadi Ahli Politik?

Diterbitkan: Jumaat, 15 Disember 2017 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Bintang bola sepak Brazil yang membantu negara itu menjulang Piala Dunia, Ronaldinho, sedang mempertimbangkan untuk melangkah ke arena politik selepas kerjayanya yang cemerlang dalam sukan itu berakhir.

Abang merangkap ejen Ronaldinho, Roberto Assis, mengesahkan laporan bahawa pemain berusia 37 tahun itu telah ditawar untuk menjadi calon bagi kerusi senat Brazil daripada parti konservatif Patriota pada pilihan raya persekutuan tahun depan.

"Parti itu telah menghubungi kami untuk berbincang tentang pencalonan beliau," kata Assis.

"Mereka sedia membuka pintu jika beliau berhasrat untuk memilih laluan tersebut. Ini bukan kali pertama sebuah parti politik menghubungi kami. Perkara sama turut dilakukan oleh parti Romario (Parti Sosialis Brazil).

"Ronaldinho perlu membuat keputusan sebelum April, tarikh akhir untuk calon mendaftar dengan suruhanjaya pilihan raya Brazil.

Meskipun tidak lagi bermain secara kompetitif selepas meninggalkan Fluminense pada September 2015, Ronaldinho belum mengumumkan persaraannya secara rasmi.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, bekas bintang Barcelona itu telah mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan persahabatan di seluruh dunia, termasuk membuat penampilan dalam pasukan kelab legenda Sepanyol tersebut.

Ronaldinho telah dua kali diundi sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA  serta merupakan sebahagian daripada pemain pasukan Brazil ketika negara itu memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Tags / Kata Kunci: Ronaldinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan