Mourinho Anak Tirikan Mkhitaryan?

Diterbitkan: Jumaat, 15 Disember 2017 7:30 AM

Henrikh Mkhitaryan. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata, pemain lain layak untuk bermain lebih banyak berbanding Henrikh Mkhitaryan.

Pemain tengah itu tidak muncul bersama pasukannya baru-baru ini, setelah dikeluarkan dari sebanyak tujuh daripada lapan perlawanan terakhir.

Malah, dia hanya bermain selama 19 minit semasa penyertaan dalam perlawanan pertama sejak 5 November lalu.

Mkhitaryan turut tidak hadir ketika Manchester United mengalahkan Bournemouth 1-0 pada malam Rabu.

Victor Lindelof, Sergio Romero, Ander Herrera, Daley Blind, Ashley Young, Marcus Rashford dan Zlatan Ibrahimovic dinamakan di bangku simpanan mendahului pemain itu.

Mourinho berkata: "Saya mempunyai dua pemain pertahanan yang boleh bermain di posisi yang berbeza, saya mempunyai Ashley Young sebagai pemain sayap.

"(Ander) Herrera adalah pemain tengah, Zlatan (Ibrahimovic) adalah penyerang, (Marcus) Rashford merupakan penyerang kedua dan pemain sayap.

'Untuk mempunyai Mkhitaryan bermakna saya tidak mempunyai salah seorang daripada mereka dan saya percaya yang lain patut (dipilih)." - Mail Online


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan