Blind Dalam Radar Barca

Diterbitkan: Jumaat, 15 Disember 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA dilaporkan akan melakukan bidaan mengejut terhadap pemain Manchester United, Daley Blind.

Blind, 27, melakukan lebih 100 penampilan bersama Red Devils sejak berhirah ke Old Trafford dari Ajax pada 2014.

Bintang Belanda itu kerap diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara tetapi hanya beraksi dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah pimpinan Jose Mourinho.

Kontrak Blind akan berakhir pada hujung musim ini dan dia mungkin mencari kelab baru kerana peluang merebut tempat dalam skuad utama United semakin terhad.

Destinasi terbaharunya mungkin Sepanyol dan Marca melaporkan Barcelona ada menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan tersebut, Pengurus Barca Ernesto Valverde tertarik dengan keupayaan Blind dan menyifatkannya sebagai pengganti untuk posisi Javier Mascherano yang bakal berhijrah ke China.

Tags / Kata Kunci: Daley Blind , Barcelona , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan