Lukaku Jaring Gol, Legenda Liverpool Tak Puas Hati

Diterbitkan: Khamis, 14 Disember 2017 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

ROMELU Lukaku menutup mulut pengkritik selepas mudah menanduk masuk gol tunggal Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Dalam perlawanan menentang Bournemouth itu, United kembali mencatat kemenangan dengan jaringan 1-0.

Lukaku yang juga penyerang Belgium itu dikritik apabila gagal menjaringkan gol termasuk ketika kelabnya tewas 2-1 kepada Manchester City.

Bagaimanapun, pemain itu kembali mempamerkan penyudahnya selepas menanduk kencang hantaran lintang Juan Mata untuk memastika tiga mata menjadi milik United.

Sejurus menjaringkan gol tersebut, Lukaku turut enggan meraikan jaringan berkenaan sebaliknya hanya berpelukan dengan rakan-rakan sepasukan.

Walaupun berjaya menghasilkan jaringan namun, Legenda Liverpool, Mark Lawrenson berpendapat Lukaku tidak setaraf Harry Kane dan Sergio Aguero.

"Daripada tiga penyerang ini jika diberi peluang pastinya dua daripada mereka sahaja dapat jaringkan gol.

"Isu paling besar ialah Lukaku, dia tidak dapat jaringkan gol dan tidak mampu membantu skuadnya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan