Iniesta Mahu Mascherano Kekal - Bola Sepak | mStar

Iniesta Mahu Mascherano Kekal

Diterbitkan: Khamis, 14 Disember 2017 5:50 PM

Javier Mascherano

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Barcelona terus berharap Javier Mascherano akan kekal bersama kelab musim seterusnya.

Andres Iniesta mengakui tidak putus harapan untuk melihat rakan sepasukannya itu terus bersama di Nou Camp.

Novemver lalu, Mascherano,33, memberitahu bahawa tempohnya bersama Barcelona bakal berakhir.

Media Sepanyol melaporkan bahawa Mascherano bakal menyertai kelab di China, Hebei China Fortune yang dibimbing bekas pengurus Manchester City dan Real Madrid, Manuel Pellegrini.

"Kami tidak membernarkan di tinggalkan kelab ini kerana ia tidak rasmi.

"Secara peribadinya, saya suka jika terus kekal di sini kerana seorang pemain dan individu penting buat kami. Begitu juga dengan pemain lain.

"Tetapi tiada siapa yang boleh mempertikaikan komitmennya terhadapa kelab selama ini," jelas Iniesta.

Pemain antarabangsa Argentina itu berjaya membantu kelab dengan menjuarai La Liga sebanyak empat kali, serta trofi Liga Juara-Juara dua kali selepas berpindah dari Liverpool pada tahun 2010. 

Tags / Kata Kunci: Andres Iniesta , Javier Macherano
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan