Klopp Dedah Punca Keluarkan Salah

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp akhirnya mendedahkan dia terpaksa mengeluarkan Mohamed Salah ketika berdepan Everton kerana pemain saya itu mengalami kecederaan semasa pertemuan tersebut.

Penyokong Liverpool terkejut dengan tindakan Klopp merehatkan Salah ketika perlawanan berbaki 23 minit tetapi dia menegaskan ia bukan sebahagian daripada taktik yang sengaja dirancangnya.

Sebaliknya, Klopp mengakui Salah dilihat mengalami kecederaan ringan.

"Saya mengeluarkan Salah kerana dia dilihat mengalami kecederaan hamstring.

"Kemudian semua orang bertanya kenapa anda keluarkan dia? Saya kata dia mengalami kecederaan dan saya tidak mahu kecederaan itu menjadi lebih serius," katanya.

Klopp tidak memberitahu sama ada Salah akan diturunkan ketika berdepan West Brom malam Rabu.

Pengendali kelahiran Jerman itu tetap mengamalkan penggiliran pemain musim ini apabila merehatkan Jordan Henderson, Philippe Coutinho, Sadio Mane dan Roberto Firmno dan menurunkan Salah dalam 14 daripada 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan semua aksi Liga Juara-Juara mereka.

Salah menonjol bersama Liverpool musim ini selepas menyertai kelab itu pada musim panas lalu.

Dia menjaringkan 19 gol dalam 24 penampilan setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan