Leverkusen Tolak Bidaan Chelsea Terhadap Bailey

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

HASRAT Chelsea untuk mendapatkan khidmat bintang Bayern Leverkusen, Leon Bailey nampaknya tidak kesampaian.

Kelab Jerman itu dilaporkan menolak bidaan bernilai 22 juta pound sterling The Blue terhadap Bailey.

Mesikpun jendela perpindahan pemain bulan depan belum dibuka secara rasminya, Chelsea bagaimanapun sudah memulakan langkah mereka.

Bailey dianggap sebagai pemain muda yang meningkat naik dalam kempen Bundesliga dan berada dalam radar Chelsea musim ini.

Menurut Daily Mail, Chelsea sudah mula merisik Bailey tetapi bidaan tersebut ditolak Leverkusen.

Chelsea sering memantau perkembangan Bailey sejak dia berhijrah ke Jerman dan menyifatkan pemain itu sebagai pengganti kepada Eden Hazard.

Leverkusen enggan melepaskan pemain muda itu dan akan cuba menyekat apa jua bidaan daripada Chelsea bulan depan.

Persembahan Bailey ketika Leverkusen menang 2-0 ke atas Stuttgart minggu lalu ternyata memukau pencari bakat Chelsea.

Pemain berusia 20 tahun itu menyuntik kemenangan Leverkusen apabila mencipta peluang dua gol untuk pasukan tersebut pada perlawanan berkenaan.

Bailey menjaringkan lima gol dalam semua perlawanan musim ini.

Dia turut bermain untuk skuad bawah 23 tahun Jamaica.

Tags / Kata Kunci: Leon Bailey

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan