Otamendi Benam Man United, Man City Pecah Rekod

Diterbitkan: Isnin, 11 Disember 2017 7:27 AM

Aksi Nicolas Otamendi menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Manchester United di Old Trafford, awal pagi Isnin. Foto AP

(Ubah saiz teks)

DUA kesilapan pertahanan menyaksikan Manchester United tewas 1-2 kepada Manchester City di Old Trafford, awal pagi Isnin.

Ia menyaksikan kemenangan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris berturut-turut buat pasukan Pep Guardiola.

Kegagalan pemain Romelu Lukaku menyebabkan Davis Silva membolosi gawang Manchester United pada minit ke-43.

Bagaimanapun, dua minit kemudian Marcus Rashford menyamaikan kedudukan dengan 1-1.

Manchester United mempunyai peluang keemasan apabila Lukaku dan Juan Mata diberikan tendangan jarak dekat, tetapi ditangkas oleh Ederson.

Nicolas Otamendi pula menambah jaringan buat Manchester City pada minit ke-54 dan keputusan kekal sehingga ke akhir permainan.

Manchester City memecah rekod apabila mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan lebihan 11 mata menerusi kemenangan ke-14 berturut-turut.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan