Mourinho Dapat Lampu Hijau Belanja Mewah

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho diberi lampu hijau untuk membelanjakan sebanyak 95 juta pound sterling bagi mendapatkan khidmat pemain tengah baharu apabila jendela perpindahan kedua pemain dibuka semula bulan depan.

Pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovi-Savic, 22,  dilaporkan berada dalam radar United tapi pada masa sama turut menjadi buruan Manchester City dan Liverpool.

Menurut laporan Sunday Express, Mourinho mendesak pihak pengurusan tertinggi United untuk memuktamadkan perpindahan pemain kebangsaan Serbia itu bulan depan.

Malah, United juga bersedia memecah rekod bidaan tertinggi mereka dengan membelanjakan sebanyak 95 juta pound sterling terhadap Milinkovi-Savic.

Sergej Milinkovi-Savic.

Milinkovi-Savic dianggap sebagai pengganti kepada Marouane Fellani yang akan meninggalkan Old Trafford bulan depan jika dia masih enggan memperbaharui kontraknya.

Awal minggu ini, ejen Milinkovi-Savic, Mateja Kezman menegaskan Lazio enggan melepaskan pemain tengah itu.

"Satu-satunya individu yang boleh bertindak mewakili Milinkovi-Savic adalah diri saya sendiri.

"Oleh itu, apa yang anda baca adalah tidak benar sekali gus memberi tekanan kepada Lazio.

"Pernah ada tawaran diterima daripada United? Seperti saya pernah katakan banyak kali, Milinkovi-Savic buat masa ini bukan untuk dijual pada sebarang harga," tegas bekas penyerang Chelsea itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan