TRW Risik Wan Kuzain? - Bola Sepak | mStar

TRW Risik Wan Kuzain?

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 3:29 PM

Wan Kuzain Wan Kamal.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) didakwa pernah cuba mendapatkan khidmat pemain berdarah Melayu-Kelantan yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan bagaimanapun berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Saya pun terkejut apabila ditanya mengenai perkara ini. Setakat ini saya tak pernah minta pihak pengurusan Kafa untuk merisik Wan Kuzain.

"Malah saya sudah bertanya kepada pihak pengurusan pasukan dan mereka turut maklumkan tak pernah buat sebarang tawaran kepada pemain tersebut," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Bibi berkata beliau berbangga kerana Wan Kuzain yang ibu bapanya berasal dari negara ini telah mengharumkan nama Malaysia dan juga negeri Cik Siti Wan Kembang di pentas antarabangsa.

"Tidak dinafikan beliau seorang pemain yang berkebolehan. Sebagai orang Kelantan sudah tentu saya amat berbangga dengan pencapaian luar biasanya.

"Semoga dia dapat mengharumkan nama Malaysia dan juga Kelantan di mata dunia," kata Bibi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Muda AS, Wan Kuzain Balik Malaysia

Baru-baru ini, sebuah portal sukan tempatan menulis laporan bahawa Kuzain, warganegara AS, cuba dipancing skuad The Red Warriors (TRW) yang juga negeri kelahiran bapanya.

Dalam laporan tersebut, pemain berusia 19 tahun itu yang kini sedang bercuti di Kuala Lumpur turut mengiyakan khabar angin tersebut, menyatakan Kelantan adalah 'pasukan paling serius cuba mendapatkan khidmatnya selain beberapa pasukan lain'.

Pada masa sama, Wan Kuzain dipetik sebagai berkata dia tidak pernah menutup peluang untuk bermain mewakili pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Bagaimanapun dia memerlukan masa antara tiga atau empat tahun untuk membuat keputusan lebih tepat.

Wan Kuzain berkata fokus utamanya pada ketika ini adalah untuk membina karier bersama Swope Park Ranges di negara Uncle Sam itu.

"Sudah tentu Malaysia tetap kebanggaan saya, tapi buat masa ini fokus saya hanyalah untuk terus mengorak langkah bersama Swope Park Rangers.

"Misi saya juga tahun depan adalah untuk memecah masuk ke skuad senior mereka, jadi saya tidak mahu fikir mewakili kelab lain dan belum berminat dengan pasukan di Malaysia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Wan Kuzain , Kafa
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan