Conte Angkat Bendera Putih - Bola Sepak | mStar

Conte Angkat Bendera Putih

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte membuat pengakuan mengejutkan dengan menegaskan persaingan Chelsea untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sudah berakhir selepas tewas 0-1 kepada West Malam, malam Sabtu.

The Blues gagal menjinakkan tembok pertahanan pasukan tuan rumah yang mendahului perlawanan seawal minit ke-10 menerusi jaringan Marko Arnautovic.

Kekalahan itu meninggalkan Chelsea dengan jurang 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City yang masih mempunyai baki satu perlawanan yang perlu diharungi.

Dan kini Conte percaya jurang mata itu sukar untuk dikejar.

Ketika temubual bersama Sky Sports, Conte menganggap ia adalah kekalahan keempat mereka daripada 16 perlawanan.

"Apabila anda tewas empat perlawanan, berdasarkan pengalaman masa lalu, ia memberi bayangan bahawa sukar untuk kekal memberikan saingan sengit.

"Dalam 16 perlawanan, tewas dalam empat perlawanan, ia bermaksud sasarannya perlulah sesuatu yang berbeza.

"Apabila anda tewas di tangan Burnley, Crystal Palace dan West Ham ketika mereka berada di posisi teruk. Jika anda kehilangan mata dalam perlawanan ini, anda sudah tidak boleh teruskan saingan merebut gelaran juara," katanya.

Chelsea menduduki tangga ketiga liga dan mungkin boleh dipintas Liverpool pada Ahad.

City pula akan terus berada di depan dengan kelebihan 14 mata sekiranya menang ke atas Manchester United di Old Trafford. - Metro.co.uk

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan