Conte Pilih Kante Jadi Pemenang Ballon d'Or - Bola Sepak | mStar

Conte Pilih Kante Jadi Pemenang Ballon d'Or

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 7:51 AM

(Ubah saiz teks)

N'GOLO Kante mungkin menjadi pilihan para jurulatih sebagai pemain terbaik dunia, kata bos Chelsea, Antonio Conte.

Tetapi pengurus kelahiran Itali itu mengakui Eden Hazard adalah pemain Chelsea yang paling mungkin memenangi Ballon d'Or.

Pemain tengah dari Perancis, Kante menduduki tempat kelapan dalam pemilihan dan pemain 'playbaker' Belgium, Hazard pula di tangga ke-19, sementara Cristiano Ronaldo trofi tersebut untuk kali kelima.

Bintang Real Madrid, Ronaldo, Messi (Barcelona) dan Neymar (Paris Saint Germain) biasanya menjadi calon untuk merangkul hadiah berprestij pemain bola sepak yang dipilih oleh wartawan itu.

Tetapi Conte menganggap Kante seperti pemain pertahanan Paolo Maldini dan penjaga gawang Gianluigi Buffon ditakdirkan untuk tidak memenangi gelaran itu.

Conte berkata: "Secara jujur ​​saya tidak tahu jika N'Golo Kante boleh memenangi Ballon d'Or dalam hidupnya kerana ciri-ciri yang ada padanya.

"(Tetapi) bagi saya, dia adalah Ballon d'Or. Bagi semua jurulatih, Kante harus menang," ujarnya.

Conte berkata, Ronaldo, Messi dan Neymar mempunyai keinginan dalaman untuk terus menang yang disifatkannya memiliki "api suci".

Dan bekas pemain tengah Itali dan Juventus itu yang menganggap Hazard dapat mencabar mereka untuk menjadi yang terbaik di dunia.

"Eden mempunyai ciri-ciri yang tepat untuk bertarung dengan nama-nama besar ini.

"Dia harus cuba melakukannya dan memperbaiki kedudukan pada tahun depan," tambah Conte. - Eurosport

Tags / Kata Kunci: N'Golo Kante , Ballon d'Or
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan