Silva Sedia Ke Old Trafford - Bola Sepak | mStar

Silva Sedia Ke Old Trafford

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

PERANCANG utama Manchester City, Davis Silva akan beraksi pada perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi Isnin ini.

Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini belum pasti untuk menurunkan Silva selepas membantu kemenangan ke atas West Ham minggu lalu.

"Dia akan bermain. Sebelum ini agak ragu-ragu sama ada untuk menyenaraikannya tetapi hari ini kelihatan dia berada dalam keadaan baik. Jadi dia akan bermain," jelas Guardiola.

Silva tidak bersama skuad terbang ke Ukraine bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk sebelum ini.

Selain itu, Guardiola juga masih memantau kecederaan pemain pertahannya Vincent Kompany dan Fabian Delph sebelum menentang skuad Jose Mourinho nanti.

Tags / Kata Kunci: David Silva , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan