Lebih Ramai Pegawai Perlawanan Daripada Penyokong

Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 3:46 PM

Keadaan tempat duduk di dalam Stadium Emirates yang kebanyakannya kosong.

(Ubah saiz teks)

ARSENAL merekodkan jumlah kehadiran terburuk penyokong di Emirates dalam sejarah semasa pertembungan menentang BATE Borisov pada aksi Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Kekosongan tempat duduk di dalam stadium itu amat ketara pada babak pertama walaupun kelab tersebut mengumumkan sebanyak 54,648 tiket sudah dijual untuk pertembungan berkenaan.

Namun stadium tersebut mencatatkan kehadiran kurang 30,000 penyokong.

Rekod kehadiran paling sedikit pernah dicatatkan sebelum ini adalah ketika bertemu Doncaster pada saingan Piala Carabao.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal berpesta gol apabila menang 6-0 ke atas BATE Borisov.

Ramai penyokong meluahkan rasa kecewa dan merasakan tiket percuma harus diberikan kepada pelajar sekolah jika banyak yang tidak terjual.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Emirates

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan