Tugas Baharu David Luiz Bukan Atas Padang?

Diterbitkan: Rabu, 6 Disember 2017 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

MASA depan David Luiz bersama Chelsea kini samar apabila dia kelihatan gembira dengan tugas baharu yang dipilihnya.

Pemain Brazil itu juga dilihat tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemain bola sepak.

Sebaliknya, bekas pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) itu kelihatan gembira menjadi tukang gunting rambut kepada rakan-rakan.

Tugas baharu Luiz yang dianggap sebagai jenaka itu didedahkan oleh Eden Hazard menerusi laman sosial instagramnya.

Gambar itu menunjukkan Luiz sedang mencukur jambang Hazard yang merupakan pemain tengah Belgium.

Luiz mula diketepikan oleh Antonio Conte selepas dikatakan menjadi penyebab kepada kekalahan kepada Roma dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini.

Hubungan antara pemain dengan jurulatih kelahiran Itali itu semakin retak selepas berlaku perselisihan faham.

Kini Luiz tidak lagi menjadi keutamaan Chelsea dan dia dijangka meninggalkan The Blues akhir musim ini.

Tags / Kata Kunci: David Luiz , Chelsea , Belgium

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan