Ramon Marcote Dedah Situasi Terkini - Bola Sepak | mStar

Ramon Marcote Dedah Situasi Terkini

Diterbitkan: Rabu, 6 Disember 2017 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

BAKAL Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marocte mendedahkan situasinya bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika ini.

Bekas penolong jurulatih skuad hijau kuning itu mendedahkan, dia kini telah bersiap sedia untuk ke Alor Setar.

Bagaimanapun, perjalanan ke bumi Jelapang Padi akan dimulakan sebaik sahaja mendapat 'lampu hijau' daripada KFA.

Marcote dilapor berada di fasa akhir untuk dilantik menggantikan Mohd Nidzam Adzha Yusoff untuk mengendali Kedah bagi musim 2018.

Laporan sebelum ini menyebut, Marcote dan KFA telah mencapai persetujuan mengenai kontrak yang ditawarkan hansil usaha penaja skuad berkenaan Puan Seri Ginney Chew.

Namun pengumuman rasmi akan dibuat oleh KFA sebagai majikan selepas kontrak dimeterai.

"Sekarang saya hanya menunggu 'lampu hijau' daripada KFA untuk bertolak ke Alor Setar untuk menandatangani kontrak.

"Saya tidak boleh memberi komen begitu banyak kerana perkara lain akan diumum sendiri oleh KFA.

"Sehingga itu semua pihak perlu bersabar kerana KFA adalah pihak yang mempunyai kuasa berhubung hal ini dan saya menghormatinya," katanya kepada mStar Online.

Marcote mula dirisik kembali oleh KFA selepas mendapat desakan penyokong Kedah yang mahukan sentuhan pengendali dari Sepanyol berkenaan.

Pada 2015, Marcote berjaya membawa Kedah ke saingan akhir Piala Malaysia apabila ketua jurulatih ketika itu, Tan Cheng Hoe sedang mengikuti kursus kejurulatihan di China.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk kembali ke Sepanyol pada 2016 untuk menyambung pengajian di peringkat PhD Sains Sukan sebelum kembali untuk musim depan.


Tags / Kata Kunci: Ramon Marcote , Kedah , Liga Super
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan