Ronaldo Rangkul Ballon d'Or Kelima? - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Rangkul Ballon d'Or Kelima?

Diterbitkan: Selasa, 5 Disember 2017 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo disebut-sebut akan memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali kelima dalam satu majlis gilang-gemilang yang dianjurkan di Eiffel Tower pada Khamis.

Bintang Real Madrid itu akan bersaing sekali lagi dengan lawannya, Lionel Messi untuk merebut anugerah tersebut.

Namun menurut laporan di Sepanyol, pemain berusia 32 tahun itu sudah dimaklumkan lebih awal bahawa dia telah memenangi anugerah berprestij tersebut.

Ronaldo bakal diiringi Presiden Madrid Florentino Perez atau jurulatih Zinedine Zidane naik ke atas pentas untuk menerima trofi tersebut daripada bekas pemain kebangsaan Perancis, David Ginola.

"Ronaldo adalah salah satu simbol kebanggaan kami. Dia merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah kami. Beberapa hari lalu, dia memenangi trofi 'The Best' kedua dan minggu ini pula dia akan memenangi anugerah Ballon d'Or kelimanya," kata Perez.

Wartawan di sebalik khabar angin mengenai kejayaan Ronaldo di Sepanyol, Francesc Aguilar (Mundo Deportivo) merupakan sumber yang boleh dipercayai dan mengundi untuk calon pemenang kategori Ballon d'Or sehingga 2014.

Aguilar juga tampil mendedahkan Ronaldo merupakan pemenang anugerah tersebut tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Ballon d'Or
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan