Piala FA: Liverpool Jumpa Everton - Bola Sepak | mStar

Piala FA: Liverpool Jumpa Everton

Diterbitkan: Selasa, 5 Disember 2017 7:07 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL diundi menentang Everton pada pusingan ketiga Piala FA, awal Januari depan.

Ia adalah pertemuan kedua membabitkan kedua-dua pasukan dalam tempoh sebulan.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu juga akan menanti kehadiran Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Everton bergelut dalam saingan Liga Perdana setakat ini dan gagal mara ke saingan kalah mati Piala Europa.

Sementara itu, Arsenal pula diundi menentang pasukan divisyen dua Nottingham Forest manakala pendahulu Liga Perdana, Manchester City bertemu Burnley di tempat sendiri.

Bukan hanya Arsenal menjadi pasukan gergasi Liga Perdana akan bertemu pasukan divisyen dua tetapi Manchester United turut menanti kehadiran Derby County.

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Chelsea pula akan berkunjung ke Norwich.

Pasukan tidak konsisten Southampton pula akan ke Fulham manakala West Ham dan Swansea masing-masing akan bertemu pasukan divisyen tiga, Shrewsbury dan pendahulu Liga Kejuaraan, Wolverhampton Wanderers. 

Tags / Kata Kunci: Piala FA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan