“Bukan Sebab 'Cop' Saja, Felda United Sambil Lewa” - FAM

Diterbitkan: Selasa, 5 Disember 2017 5:41 PM

Hamidin menjelaskan punca sebenar Felda United gagal mendapat Lesen Kelab FAM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas sumber Felda United mendakwa pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana disebabkan isu 'cop', Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menjelaskan bahawa ia bukan punca utama, sebaliknya disebabkan sikap sambil lewa kelab itu sendiri.

Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Felda United tidak memenuhi satu daripada enam kriteria wajib yang ditetapkan iaitu kewangan walaupun sudah banyak peluang yang diberikan kepada kelab tersebut.

Menurut Hamidin selepas First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM pada 24 Ogos lalu memutuskan Felda United antara lima pasukan yang gagal mendapatkan Lesen Kelab FAM, mereka telah diberi ruang, peluang dan khidmat nasihat secukupnya bagi melengkapkan segala dokumen yang diperlukan itu.

Seterusnya, pada 28 September pegawai kewangan daripada Felda United dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan Badan Rayuan (AB) Pelesenan Kelab FAM bagi memberitahu kepada kelab terbabit tentang perkara yang diperlukan bagi memastikan Lesen Kelab FAM berjaya diperoleh.

Susulan pertemuan itu, FAM sekali lagi bertindak dengan menghantar surat rasmi pada 2 Oktober bagi menyatakan secara jelas bahawa Felda United perlu melengkapkan dua kriteria iaitu Penyata Kewangan Tahunan (F.01) dan Penyata Kewangan Untuk Tempoh Interim (F.02) untuk tujuan tersebut.



ARTIKEL BERKAITAN: Felda United Ke Liga Perdana

"Jelas di sini, Felda United sendiri yang seolah-olah bersikap sambil lewa, tidak serius, tidak bersungguh-sungguh serta turut tidak menghormati FIB dan AB Pelesenan Kelab FAM kerana segala nasihat dan garis panduan diberi tetap tidak dapat membantu mereka untuk menyelesaikan keperluan diperlukan bagi mendapatkan Lesen Kelab FAM," katanya dalam satu kenyataan di laman web FAM, Selasa.

Tambahnya, Felda United diberi tempoh sehingga jam 12.00 tengah hari pada 16 Oktober 2017, iaitu dua minggu dari tarikh surat berkenaan.

"Felda United hanya membalas surat berkenaan dengan disertakan dokumen-dokumen yang diminta pada jam 11.58 pagi pada 16 Oktober 2017, iaitu dua minit sebelum tarikh tutup ditetapkan dengan keperluan F.01 berjaya dilengkapi seperti apa dikehendaki.

"Namun keperluan F.02 gagal juga untuk dilengkapi apabila beberapa perkara tidak memenuhi apa yang diperlukan seperti mana telah diberitahu. Bukan semata-mata hanya kerana tertinggal cop," katanya.

Hamidin berkata penjelasan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa keputusan FAM adalah berdasarkan peraturan, bukannya satu penganiayaan atau pilih kasih seperti yang didakwa.

Terdahulu, laporan akhbar tempatan mendedahkan bahawa sumber dalaman Felda United mengakui kecewa sekiranya pengendali liga tempatan, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengarahkan The Fighters beraksi di Liga Perdana musim depan.

"Ia suatu penganiayaan kepada kami sekali gus mematikan persaingan sihat dalam liga bola sepak kita," kata sumber terbabit pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan