Pengurus Kedah Dedah Bila Marcote Tiba Di Alor Setar - Bola Sepak | mStar

Pengurus Kedah Dedah Bila Marcote Tiba Di Alor Setar

Diterbitkan: Isnin, 4 Disember 2017 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Kedah, Datuk Jeffery Low Han Chow mendedahkan ketibaan Ramon Marcote di Alor Setar untuk memeterai perjanjian sebagai ketua jurulatih skuad hijau kuning yang baharu.

Jeffery yang merupakan individu penting dalam kebangkitan Kedah sejak 2015 memberitahu, jurulatih kelahiran Sepanyol berkenaan dijangka tiba pada minggu ini jika tiada halangan.

Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Marcote kembali membimbing Kedah hampir tercapai dengan bantuan penaja skuad berkenaan, Puan Seri Ginney Chew.

Menurut Jeffery, tawaran awal dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada Marcote telah dilakukan dan mendapat persetujuan daripada kakitangan Atletico Madrid itu.

"Beberapa tawaran dan persetujuan awal telah dicapai dan kini kita hanya tunggu untuk menandatangani kontrak.

"Jika tiada apa-apa halangan, Marcote akan tiba pada minggu pertama Disember untuk melengkapkan kontrak sebelum diumum sebagai jurulatih Kedah yang baharu.

"Pemilihan pemain import Kedah yang baru bagi menggantikan Ken Ilso Larsen dan Zachary Anderson akan dilakukan oleh Marcote sendiri selepas ini.

"Jadi kita akan tunggu sehingga beliau tiba dan menandatangani kontrak untuk memperkemaskan skuad 2018," katanya kepada mStar Online.

Naib Presiden KFA itu memberitahu, pihaknya yakin Marcote mampu menjadikan Kedah sebagai pesaing utama pada musim depan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada padanya.

Jelasnya, Marcote juga kelihatan ceria dalam perbualan telefon sebelum ini untuk kembali membimbing Kedah.

"Oleh itu, kita harap dia akan menjadi Kedah sebagai sebuah pasukan digeruni pada musim depan dengan sokongan penyokong.

Marcote memiliki lesen kejurulatihan UEFA PRO A dan memulakan tugasnya bersama Kedah sebagai jurulatih kecergasan dan penolong jurulatih.

Selepas meninggalkan Kedah, beliau masih menyambung pengajiannya di peringkat PhD sains sukan.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Sepanyol , Atletico Madrid , Ramon Marcote
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan